SEDIKIT NASEHAT DARI ANAK BAWANG
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
Dari An Nu’man bin Basyirradhiyallahu ‘anhuma, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallambersabda :
,أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ“
Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad ( AMALNYA ). Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad ( PERBUATANNYA ). Ketahuilah bahwa ia adalah qolbu ( HATI ).”(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
Amal Perbuatan seseorang tergantung dengan hati. Jika hatinya baik maka baik pula amal dan perbuatannya. Tapi jika hatinya rusak (buruk) maka buruk/rusaklah pula amal dan perbuatannya.
Inilah 10 bentuk ciri-ciri hati yang rusak.
1. HATI TIDAK MERASA BERSALAH APABILA TERLIBAT MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT.
Dari Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yangkeji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)
2. ENGGAN MELAKUKAN TAUBAT APABILA MELAKUKAN KESALAHAN.
Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah. sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat Muslim).
3. MERASA SENANG BERGELUMANG DALAM DOSA.
Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok/seanag dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.
Nabi SAW bersabda artinya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)
Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah.
4. TIDAK MEMPEDULIKAN PERINTAH ALLAH, MALAH SUKA TERLIBAT PADA LARANGAN-NYA.
Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)5.
benci kepada kebenaran dan berusaha menutupi kemarahannya.Firman Allah ta'ala ;
"Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."
Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti diakhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.
6. BENCI KEPADA ORANG-ORANG SOLEH ATAU BENCI KEPADA MEREKA YANG SUKA MELAKUKAN KEBAIKAN.
Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah dan mendatangkan kemurkaan Allah.
Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita
.مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً“
Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)
7. SUKA BERTENGKAR PADA PERKARA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT UNTUK AGAMA.
Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.
Sabda Nabi ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir).
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. MENERIMA RASUAH, SOGOKAN, RIBA DAN PERKARA HARAM SERTA MERASAKAN KESENANGAN DI DALAMNYA.
Sabda Rasulullah SAW. maksudnya : “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Firman Allah :“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
Penyabab berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.
9. TAKUT KEPADA ORANG YANG GAGAH, TETAPI SEDIKIT PUN TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH.
Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah ta'ala. Firman Allah : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." (Surah Yunus ayat 107)
10. BENCI KEPADA PERKARA MAKRUF DAN SUKA KEPADA PERKARA MUNGKAR.
Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran,ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”
SAUDARA KU YANG DIKASIHI,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah ta'ala. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak mulailah belajar memperbaiki , maka dari itu teruslah kita mendekati orang soleh, banyakkan belajar dan memahami islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah ta'ala dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.
امين...